Tiga Pihak.
Satu Matlamat.

Sentuhan Ikhlas diilhamkan dari usahasama Amanat Lebuhraya Rakyat, PayNet dan MyKasih untuk membantu keluarga yang kurang berkemampuan dengan setiap pengunaan MyDebit di Lebuhraya KESAS, LDP, SPRINT & SMART.

Organisasi:

Amanat Lebuhraya Rakyat Berhad ("ALR") adalah sebuah syarikat swasta tidak berlandaskan keuntungan, yang ditubuhkan dengan tujuan khas untuk mempercepatkan pemendekan konsesi tol dan mengembalikan empat lebuh raya kepada Kerajaan Malaysia. 4 syarikat konsesi tol lebuhraya yang dimilik penuh oleh ALR adalah KESAS Sdn. Bhd. ("KESAS"), Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. ("LITRAK"), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn. Bhd. ("SPRINT"), dan Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn. Bhd. ("SMART").

Di bawah struktur ALR, kadar tol untuk 4 lebuhraya ALR dikekalkan pada kadar semasa sehingga tamat tempoh konsesi dan tiada keperluan lagi untuk bayaran pampasan tol oleh pihak Kerajaan.

ALR bertekad untuk menyediakan pengalaman permotoran yang selamat dan menyenangkan, menjana lebihan tunai untuk mempercepatkan pembayaran balik pembiayaan hutang serta memastikan pencapaian tahap piawaian dan petunjuk prestasi utama seperti yang ditetapkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (“LLM”).

Untuk maklumat lanjut tentang ALR, sila lawati laman web kami di www.amanatlr.com

Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) ialah rangkaian pembayaran nasional dan infrastruktur pusat untuk pasaran kewangan Malaysia.

Sebagai penyedia utiliti pasaran kewangan negara, PayNet menyasarkan untuk membina pembayaran dan ekosistem kewangan yang inklusif, mudah diakses dan cekap untuk Malaysia. Selaras dengan objektif pembangunan ini, pemegang saham PayNet tidak menerima dividen, dan lebihan keuntungan sebaliknya dilaburkan semula untuk memastikan bahawa infrastruktur pasaran kewangan negara dan ekosistem pembayaran berdaya tahan, berdaya saing dan boleh diakses oleh semua.

Bank Negara Malaysia (BNM) ialah pemegang saham tunggal terbesar PayNet, dengan sebelas institusi kewangan Malaysia iaitu, Malayan Banking Berhad, RHB Bank Berhad, Public Bank Berhad, CIMB Bank Berhad, AmBank (M) Berhad, Hong Leong Bank Berhad, Affin Bank Berhad, Alliance Bank Malaysia Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Muamalat Malaysia Berhad dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, sebagai pemegang saham bersama.

Untuk maklumat lanjut mengenai PayNet, sila lawati laman web kami di www.paynet.my

Ditubuhkan pada 2009, Yayasan MyKasih adalah sebuah pertubuhan yang tidak bersifatkan keuntungan dengan misi untuk membantu keluarga dan pelajar yang miskin.

Program bantuan makanan utama 'Love My Neighbourhood' dan skim dermasiswa pelajar 'Love My School' menggunakan teknologi pembayaran kad untuk menyalurkan bantuan kepada penerima secara tanpa tunai. Semua pengeluaran disalurkan melalui penggunaan Mykad (kad pengenalan berasaskan cip yang dikeluarkan kepada semua rakyat Malaysia) atau kad pintar, yang membolehkan bantuan diagihkan dengan cara yang cekap, telus dan selamat, tanpa sebarang ketirisan.

Sistem pengagihan kebajikan tanpa tunai MyKasih telah berjaya diguna pakai oleh kementerian, kerajaan negeri, agensi zakat, serta swasta untuk inisiatif tanggungjawab korporat mereka. Kami bekerjasama dengan badan kesihatan dan organisasi tujuan sosial untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan dan pemeriksaan penglihatan, latihan kemahiran dan keusahawanan, serta bantuan pendidikan kepada komuniti dan kanak-kanak.

Untuk maklumat lanjut mengenai Yayasan MyKasih, sila lawati laman web kami di www.mykasih.com.my